Friday, 12 September 2014

Aktiviti sepanjang Baram Regatta 2014

Aktiviti sepanjang Baram Regatta 2014 di Marudi Baram daripada 19hb sehingga 24hb Ogos 2014 

Ahli Dewan Undangan Negeri N67 Telang Usan Yang Berhormat YB Dennis Ngau Memberi Kata alu aluan sebelum bermulanya sukan air

Persatuan Turai Kiput menyertai perbarisan menyambut para tetamu VVIP




Acara pertandingan perahu panjang ketegori Raja sungai yang dimenangi oleh pasukan
 Lakin Belaga

Malam pesta kebudayaan sempena Baram Regatta 2014

Yang Berhormat bersedia melepaskan pertandingan bot laju

Perserta bot pam bersedia untuk berlepas

Pakaian tradisional pahlawan lelaki kaum orang ulu. 
Disini admin dan anak mengambil kesempatan untuk bergambar kenang kenangan
bersama dengan mereka dan encik peter jalong 

Pasukan dari Kabartengah "Tripple KB" telah dinobatkan tempat ke3 dalam pertandingan jatun julud malam kebudayaan baram regatta 2014



Temenggong promises to visit every longhouse under her charge

MARUDI: The first Orang Ulu woman community leader, Temenggong Elizabeth Deng 

of Long Laput in central Baram from the Kayan community who replaced former 

Temenggong Pahang Deng Anyie, has promised that she will visit every longhouse under 

her jurisdiction.When giving her first speech as Temenggong at Long Ikang longhouse 

recently after receiving her appointment letter, she said she would travel to the longhouses 

whenever she had the time.Elizabeth was accompanying Telang Usan assemblyman 

Dennis Ngau at the meet-the-people session. She also said she would visit the several 

Kenyah longhouses under her jurisdiction.Others joining the visit were Penghulu Herbert 

Lawai Epoi (of Berawan/Kiput community) and Penghulu Thedeus Lenjau Kuleh

(of Kenyah community).


From right: Penghulu Theodorius Lejau Kuleh, Telang Usan Assemblyman YB Dennis Ngau, Penghulu Herbert Lawai Epoi, Temenggong Elizabeth Deng, Betty Unggang and Leonard Lucas secretary of ranting PBB Lg.Lama Hilir. 

Lawatan Pemimpin Bersama Rakyat Dikawasan Ranting PBB Long Lama Hilir - KABARTENGAH.

Bersama dengan
  Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri N67 Telang Usan
 Y.B Encik Dennis Ngau 
Pada 25hb - 27hb Julai 2014.
Program ini telah berjalan dengan jayanya selama tempoh lawatan 3 hari yang berhormat ke enam buah kampung di dalam ranting long lama hilir ini. Ia bermula dari kampung Kuala Tutoh, Logan Sibong, Long Ikang, Long Banyok, Long Puak Dan 
berakhir di kampung Uma Akeh.
Tetamu tetamu  serta dif dif kehormat yang hadir menyertai program lawatan ini adalah  ketua ketua masyarakat dan ketua ketua kaum dan pegawai pegawai kerajaan seperti, Ketua masyarakat kita yang baru yang menganti tempat mantan Temanggung Pahang Deng iaitu Yang mulia Temanggung Puan Elizerbeth Deng dan disertai oleh Penghulu Herbert Lawai Epoi, Penghulu Theodoreus Lejau, K.k Victor Pasoh, T.k Edet Bilong, T.k Mathew Balan dan T.k Anthony Ngau serta Pegawai Veteriner Bhg. Miri/Bintulu Dr.Sajem, Pegawai pertanian Baram Encik Lawai Matu, Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Khas JASA Encik David Belulok,  beberapa orang anggota PDRM dan kakitangan dari Pejabat Daerah marudi
dan diketuai oleh Jawatankuasa pengelola program iaitu Ranting Parti
  PESAKA BUMIPUTERA BERSATU PBB kawasan Long Lama Hilir yang diketuai oleh 
Encik Peter Jalong Usang selaku ketua ranting dan diiringi oleh Setiausaha ranting selaku pengurusan dan susunan program iaitu Encik Leonard Douglas Lucas dan ahli ahli ranting. Di dalam program lawatan yang berhormat ini jawatkuasa ranting telah berjaya mendaftar ahli ahli baru untuk menyertai parti PBB cawangan N67 Telang Usan dibawah Ranting PBB long lama hilir ini seramai 507 orang lelaki dan perempuan. dan majlis penyerahan borang ahli ahli baru ini telah di buat di kampung Uma Akeh dan disaksikan oleh ketua ketua masyarakat dan ketua kaum sewaktu malam majlis penutupan program. didalam program ini juga yang berhormat telah mengagihkan MRP kepada setiap kampung dan banyak lagi perancang program pembangunan yang telah diajukan seperti membina akses jalan penghubung yang sedia ada dari kampung Benawa untuk ke kampung Kuala Tutoh dan terus akses ke kawasan kampung kampung didalam ranting, sistem janakuasa elektrik 24 jam yang diakses dari pekan Long Lama ke dalam kawasan 6 kampung didalam ranting ini, Sistem loji rawatan air bersih untuk kegunaan harian dan sistem Talian Telekomunikasi yang elok.
Kami Ucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Yang Berhormat kerana sudi mengunjungi ke kawasan       kampung kampung di dalam ranting KABARTENGAH ini. dan kami ucapkan Syahbas buat Yang Berhormat kerana berkerja keras untuk rakyat dan pembangunan  didalam kawasan Telang Usan yang masih dahagakan pembangunan. Disini kami ingin menyuarakan hasrat dan keyakinan kami bahawa kami masih menyokong penuh agar Yang Berhormat Dennis Ngau Kekal sebagai wakil Rakyat kami di kawasan   Telang Usan untuk penggal yang seterusnya.








Telah disediakan oleh : Leonard Lucas

Saturday, 31 May 2014


"Water Saver"
Salah satu projek air bersih yang disediakan oleh kerajan negeri / Pusat
untuk kegunaan harian orang kampung di kawasan pendalaman Sarawak.
Gambar menunjukan salah satu tangki air water saver dikampung Kuala Tutoh Baram

Terima Kasih

Friday, 30 May 2014

Selamat Hari Gawai 2014

Dari ranting PBB long lama hilir
Buat saudara saudari yang menyambut perayaan hari gawai.
Oooooooooooohaaaaaaaa
Gayu guru gerai nyamai

Anti mabuk, tindok...
Anang maioh utai sebut....
Anang maioh ulah...
Takut legie kita kena ano orang
Enda asuh agie ngintu GAWAI.....
Ooooohaaaaaa


Thursday, 29 May 2014

Bot express digunakan ke kampung yang tidak mempunyai kemudahan jalan darat.



Hanya sebilangan kampung di tebingan sungai Baram yang masih memerlukan pengangkutan sungai. kerana masih tidak mempunyai akses hubungan jalan darat. ia seperti kampung kuala tutoh, kampung logan sibong dan kampung long ikang. kami rakyat dikawasan hilir telang usan mohon jasa baik kerajan negeri dan kerajan pusat agar mempercepatkan permohonan kami supaya diluluskan projek akses jalan kampung untuk memudakan penduduk dikawasan 3 kampung ini tadi senang berurusan kepekan pekan berhampiran seperti ke pekan lg.lama, bakong ,marudi dan terus ke pusat bandar miri. Akses jalanraya adalah perkara yang penting buat penduduk kami dikawasan ini.  ini memandangkan banyak kes seperti waktu kecemasan.  pengunaan bot amat berbahaya lebih lebih lagi pada waktu malam.dan pengunaan jalan air ini juga akan mengambil masa dan jarak yang jauh berbanding dengan penggunaan jalan darat.

Disediakan oleh :
Leonard Lucas

Wednesday, 28 May 2014

Sejarah Etnik Bangsa Kiput di Baram

ETNIK LAKIPUT, SARAWAK - ETNIK YANG SEDANG DIANCAM KEPUPUSAN

Sarawak Bumi Kenyalang yang terletak di Kepulauan Borneo merupakan salah satu negeri di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 40 suku kaum etnik pribuminya. Antara suku kaum etnik tersebut adalah etnik Lakiput. Etnik Lakiput juga dikenali sebagai Kiput atau lebih mesra dirujuk sebagai “Lepo Pu’un” yang bermaksud “suku awal” atau “bangsa asal” di dalam bahasa Melayu. Masyarakat etnik Lakiput ini tergolong di dalam masyarakat Orang Ulu dan merupakan antara etnik minoriti di Sarawak.

Mengikut sumber populasi tahun 2000, masyarakat etnik Lakiput dikatakan berjumlah sekitar 2000 orang dan majoriti masyarakat ini boleh didapati di sepanjang persisiran Sungai Baram, Kuala Tutoh dan Lubok Nibong di Miri, Sarawak. Menurut sumber juga menyatakan bahawa masyarakat etnik Lakiput juga berkongsi hampir kosa kata bahasa pertuturan yang sama seperti bahasa Jati Miriek untuk etnik Kedayan, Narum dan Bakong. Masyarakat etnik Lakiput juga dikatakan mempunyai kaitan yang rapat dari segi sosio dan budaya dengan masyarakat Brunei yang tinggal di Belait dan Kiudang di Negara Brunei Darussalam sekarang.

Mengikut sejarah asal-usul masyarakat etnik Lakiput ini iaitu kira-kira beratus-ratus tahun, etnik Lakiput berasal dari bahagian tengah Kepulauan Borneo. Masyarakat Lakiput dikatakan antara peneroka terawal yang berhijrah dan menetap di sepanjang persisiran Sungai Baram. Mengikut sejarah lisan dari masyarakat orang tua-tua etnik Lakiput, masyarakat etnik Lakiput yang terawal berhijrah ke Sarawak merupakan mempunyai kaitan dengan Kesultanan Brunei pada suatu waktu dahulu.

Seperti masyarakat Orang Ulu yang lain, masyarakat etnik Lakiput juga tinggal di rumah-rumah panjang yang berada di sepanjang persisiran Sungai Baram iaitu sungai kedua terbesar di Sarawak selepas Sungai Rajang. Pada asalnya masyarakat etnik Lakiput mengamalkan agama pagan atau animisme tetapi setelah kedatangan agama sekitar tahun 1920an ramai mereka telah pun memeluk agama Kristian mahupun agama Islam. Bagi masyarakat etnik Lakiput yang beragama Kristian, mereka masih lagi tinggal di rumah panjang mereka dan bagi yang sudah memeluk Islam lebih gemar untuk memilih tinggal di perkampungan tradisional Melayu. Majoriti etnik Lakiput beragama Islam ramai menetap di Kampung Benawa. Pekerjaan utama bagi masyarakat etnik Lakiput tidak jauh bezanya dengan masyarakat etnik yang lain di Sarawak iaitu mereka menanam padi, menangkap ikan di sungai dan kemudiannya menjual hasil tangkapan mereka ke Bandar Marudi. Ramai juga generasi muda masyarakat etnik Lakiput yang telah berpendidikan tinggi dan mampu berkerja sebagai penjawat awam kerajaan serta di syarikat-syarikat carigali minyak di Miri dan Bintulu malah ada yang sudah mencari rezeki sehingga ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa di zaman pemerintahan Rajah Brooke yang pertama iaitu Rajah James Brooke, pemimpin-pemimpin dari etnik Lakiput dikatakan merupakan antara mereka yang menjadi sumber rujukan untuk hal-hal yang berkaitan dengan Orang Ulu Sarawak. Seringkali pemimpin etnik Lakiput ini dijadikan sumber pentadbir kerajaan terutama sekali di Daerah Marudi kerana ilmu pengetahuan mereka yang luas di dalam hal-hal di Baram memandangkan mereka merupakan “suku asal” yang telah lama bermastautin di kawasan Baram. Antara pemimpin-pemimpin dari masyarakat etnik Lakiput yang telah gah namanya adalah seperti Jok Pengiran, Tinggang Jok, Manak Dapat, Penghulu Lejau dan Orang Kaya Temenggung Lawai Melayong.

Inilah paparan daripada Borneo Oracle tentang masyarakat etnik Lakiput yang dikatakan antara salah satu etnik peribumi Sarawak yang sedang dilanda masalah kehilangan jumlah populasi yang disebabkan oleh perpindahan generasi baru mencari rezeki di luar daripada Sarawak dan terus menetap ataupun menukar warganegara mereka contohnya ramai yang sudah menjadi warganegara Negara Brunei Darussalam sekarang. Borneo Oracle juga mengalu-alukan sebarang nilai tambah informasi untuk kita membincangkan permasalahan ini. Diharap paparan ini juga dapat membuka mata kepada generasi Sarawak untuk terus peka kepada apa yang terjadi di dalam masyarakat kita di Sarawak sekarang. Sesungguhnya biarpun kita berlainan agama dan bangsa, kita adalah satu bangsa iaitu Bangsa Sarawak. 


Majlis Pelancaran Kabartengah


Majlis Pelencaran KABARTENGAH Pada 13 April 2012 oleh Yang Berbahagia Datuk Jacob Dungau Sagan dan Adun Telang Usan Yang Berhormat Y.B Encik Dennis Ngau





Hari Raya 2012 in Kuching

In kuching 2012. Attending Hari Raya at C.M Open House Representing orang Ulu under KABARTENGAH.


At Dato Abu Bakar Hari Raya open house in kuching 2012