Bersama dengan
Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri N67 Telang Usan
Y.B Encik Dennis Ngau
Pada 25hb - 27hb Julai 2014.
Program ini telah berjalan dengan jayanya selama tempoh lawatan 3 hari yang berhormat ke enam buah kampung di dalam ranting long lama hilir ini. Ia bermula dari kampung Kuala Tutoh, Logan Sibong, Long Ikang, Long Banyok, Long Puak Dan
berakhir di kampung Uma Akeh.
Tetamu tetamu serta dif dif kehormat yang hadir menyertai program lawatan ini adalah ketua ketua masyarakat dan ketua ketua kaum dan pegawai pegawai kerajaan seperti, Ketua masyarakat kita yang baru yang menganti tempat mantan Temanggung Pahang Deng iaitu Yang mulia Temanggung Puan Elizerbeth Deng dan disertai oleh Penghulu Herbert Lawai Epoi, Penghulu Theodoreus Lejau, K.k Victor Pasoh, T.k Edet Bilong, T.k Mathew Balan dan T.k Anthony Ngau serta Pegawai Veteriner Bhg. Miri/Bintulu Dr.Sajem, Pegawai pertanian Baram Encik Lawai Matu, Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Khas JASA Encik David Belulok, beberapa orang anggota PDRM dan kakitangan dari Pejabat Daerah marudi
dan diketuai oleh Jawatankuasa pengelola program iaitu Ranting Parti
PESAKA BUMIPUTERA BERSATU PBB kawasan Long Lama Hilir yang diketuai oleh
Encik Peter Jalong Usang selaku ketua ranting dan diiringi oleh Setiausaha ranting selaku pengurusan dan susunan program iaitu Encik Leonard Douglas Lucas dan ahli ahli ranting. Di dalam program lawatan yang berhormat ini jawatkuasa ranting telah berjaya mendaftar ahli ahli baru untuk menyertai parti PBB cawangan N67 Telang Usan dibawah Ranting PBB long lama hilir ini seramai 507 orang lelaki dan perempuan. dan majlis penyerahan borang ahli ahli baru ini telah di buat di kampung Uma Akeh dan disaksikan oleh ketua ketua masyarakat dan ketua kaum sewaktu malam majlis penutupan program. didalam program ini juga yang berhormat telah mengagihkan MRP kepada setiap kampung dan banyak lagi perancang program pembangunan yang telah diajukan seperti membina akses jalan penghubung yang sedia ada dari kampung Benawa untuk ke kampung Kuala Tutoh dan terus akses ke kawasan kampung kampung didalam ranting, sistem janakuasa elektrik 24 jam yang diakses dari pekan Long Lama ke dalam kawasan 6 kampung didalam ranting ini, Sistem loji rawatan air bersih untuk kegunaan harian dan sistem Talian Telekomunikasi yang elok.
Kami Ucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Yang Berhormat kerana sudi mengunjungi ke kawasan kampung kampung di dalam ranting KABARTENGAH ini. dan kami ucapkan Syahbas buat Yang Berhormat kerana berkerja keras untuk rakyat dan pembangunan didalam kawasan Telang Usan yang masih dahagakan pembangunan. Disini kami ingin menyuarakan hasrat dan keyakinan kami bahawa kami masih menyokong penuh agar Yang Berhormat Dennis Ngau Kekal sebagai wakil Rakyat kami di kawasan Telang Usan untuk penggal yang seterusnya.

Telah disediakan oleh : Leonard Lucas
No comments:
Post a Comment